Tradisi tari piring beserta sejarahnya


Foto tari piring

Sejarah tari piring

Tidak dapat dipastikan dengan tepat mengenai sejarah Tari Piring.tarian ini berasal dari Sumatra Barat atau lebih dikenali sebagai Minangkabau dan berkembang hingga ke zaman Sri Viiaya.Kemunculan kerajaan Majapahit pada kurun ke 16, yang menjatuhkan kerajaan Sri Vijaya telah mendorong perkembangan Tari Piring ke negeri-negeri Melayu bersama-sama penghijrah atau orang-orang pelarian Sri Vijaya ketika itu.
tari piring ini diperankan oleh wanita yang bertemakan tentang wanita-wanita yang membawah piring yang berisikan makanan yang dipersembahkan untuk para dewa.Wanita-wanita ini akan menari sambil berjalan, dan dalam masa yang sama menunjukan keindahan mereka membawa piring yang berisi makanan tersebut”. Kedatangan Islam telah membawa perubahan kepada kepercayaan dan konsep tarian ini. Tari Piring tidak lagi dipersembahkan kepada dewa-dewa, tetapi untuk majlis-majlis keramaian yang dihadiri bersama oleh raja-raja atau pembesar negeri.Keindahan dan keunikan Tari Piring telah mendorong kepada perluasan persembahannya dikalangan rakyat jelata, yaitu dimajlis-majlis perkahwinan yang melibatkan persandingan. Dalam hal ini, persamaan konsep masih wujud, yaitu pasangan pengantin masih dianggap sebagai raja yaitu ‘Raja Sehari’ dan layak dipersembahkan Tari Piring di hadapannya ketika bersanding.

Persiapan dalam tari piring.

Sudah menjadi kebiasaan bahawa sesebuah persembahan kesenian harus dimulakan dengan persediaan yang rapi. Sebelum sesebuah persembahan diadakan, selain latihan untuk mewujudkan kwindahan dalam menari, para penari Tari Piring juga seharusnya mempunyai latihan penafasan yang baik agar tidak kacau sewaktu membuat persembahan. Menjelang hari atau masa persembahan, para penari Tari Piring harus memastikan agar pring-piring yang mereka akan gunakan berada dalam keadaan baik. Piring yang retak atau cacat harus diganti dengan yang lain, agar tidak membahayakan diri sendiri atau orang yang menonton. Ketika ini juga penari telah memutuskan jumlah piring yang akan digunakan.

Music yang digunakan dalam menari piring.

Alat musik yang digunakan untuk mengiringi Tari Piring adalah Rebana dan Gong. Pukulan Gong amat penting sekali kerana ia akan menjadi panduan kepada penari untuk menentukan langkah dan gerak Tari Piringnya.kumpulan Rebana yang mengiringi dan mengarak pasangan pengantin diberi tanggungjawab untuk mengiringi persembahan Tari Piring. Namun, dalam keadaan tertentu Tari Piring boleh juga diiringi oleh alat musik lain seperti Talempong dan Gendang.

Falsafah tari piring

Tari Piring mempunyai peranan yang besar didalam adat istiadat perkahwinan masyarakat Minangkabau. Pada dasarnya, persembahan sesebuah Tari Piring di majlis-majlis perkahwinan adalah untuk tujuan hiburan semata-mata. Namun persembahan tersebut boleh berperanan lebih daripada itu. Persembahan Tari Piring didalam sesebuah majlis perkahwinnan boleh dirasai peranannya oleh empat pihak iaitu; kepada pasangan pengantin kepada tuan rumah kepada orang ramai kepada penari sendiri.
Pasangan pengantin adalah orang yang diraikan didalam majlis perkahwinan. Mereka digelar ‘Raja Sehari’. Oleh itu, persembahan Tari Piring di hadapan mereka adalah pelengkap kepada hari bersejarah tersebut.Dalam masa yang sama pasangan pengantin akan merasai bahawa kehadiran mereka sebagai ‘raja sehari’ sedang dinanti-nantikan oleh orang ramai dengan simbolik ‘selamat datang’ melalui Tari Piring tersebut. Hal yang sama juga akan dirasai oleh kedua-dua ibu bapa serta keluarga pengantin. Mereka merasakan bahawa majlis persandingan tersebut belum tamat dan tidak lengkap jika tidak disertai dengan persembahan Tari Piring.
Dikalangan orang ramai yang menghadiri majlis perkahwinan itu pula, selain sebagai suatu hiburan.terkadang orang ramai yang menonton akan turut serta menyertai persembahan tersebut, semata-mata untuk memeriahkan suasana atau untuk menunjukkan kebolehan mereka. Suatu perkara yang menarik bagi Tari Piring pentas ialah kebolehan dan ketrampilan penarinya memijak-mijak kaca di atas pentas sebagai mengakhiri persembahan Tari Piring. Didalam persembahan ini kaca yang telah dipecah-pecahkan berukuran antara tiga hingga delapan sentimeter di tontonkan di atas pentas yang kemudiannya di injak-ijak serta di gesek dengan kaki oleh para penari. Simbol dari acara ini ialah “para pembawa hidangan sedang melalui atau menginjak kaca piring yang pecah sewaktu mereka membawa sajian untuk para dewa.

Sumber : http://www.kaskus.us/showthread.php?t=10502047

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s